Figura ayah di rumah.

Ayah yang hanya tahu menjemput orang.
Isteri dan anak perempuan di dapur sibuk berperang.
Apabila tetamu beransur pulang,
Katanya tidak pandai melayan orang.

Mereka juga mahu bersenang-lenang,
Mahu juga menyambut orang,
Mahu juga bersembang-sembang.
Tapi asbab lambat rancang,
Mereka hanya berdiri di depan arang,
Sambil sibuk mengasah parang,
Untuk sediakan makanan paling senang.

Bukan salah menjemput orang,
Untuk ke rumah bertandang.
Namun bawa-bawalah berbincang,
Hari dan waktu yang diajak datang.
Supaya makanan hanya tinggal dihidang,
Minuman hanya tinggal dituang,
Dan mereka turut dapat bersembang.

Uploaded 18th November 2024
Written 5th July 2024
- ضحى 
D ၄၃

Comments