Adilnya Tuhan bukan dengan sama ujian-nya.

Kerana adilnya Tuhan bukan dengan sama ujiannya.

Engkau diuji kemiskinan.
Aku diuji kesihatan.
Engkau dikurniakan kekayaan.
Aku dikurniakan keilmuan.
Setiap takdir, buruk mahupun baik.
Sabar dan syukur solusinya.
Kata bukan sebarang kata.
Yang menghadapinya akan merasa.
Yang bercakap memang semudah bicara.
Ia tentang kita dan tuhan pencipta semesta.
Dan. 
Selain al Khaliq itu berubah dan fana' sifatnya.
Jadi,
Kita boleh berdoa dan berusaha sedayanya.
Yang menyembuhkan, yang memudahkan.
Yang melapangkan, yang menentukan.
Semestinya Allah azzawajalla.
Maka.
Angkatlah tanganmu untuk berdoa.
Angkatlah takbirmu untuk sempurnakan perintahNya.
Angkatlah segala keserabutan minda
segala kerisauan dada
dan segala macam perkara
untuk diserahkan kepadaNya-
agar jiwa kita tenang hanya dengan mengingatiNya.

Uploaded 8th July 2024
Written 28th August 2023
- ضحى
D ၄၃

Comments