Ibu dan ayahmu bukan punya lagi kudrat dulu.
Seperti ketika muda lalu.
Semua tentang urus rumah itu tenaga banyak
lagikan besar
diperlunya.
Dari hal memasak, menghidang, mengemas.
Ditambah lagi, membersih, mencuci,menyental.
Lantas bersambung dengan membuang,menyapu, menyusun atur.
Semua memerlukan tenaga yang banyak.
Dan usia senja mereka itu bukan untuk itu
dan tentang itu.
Usia muda mereka sudah penat.
Berpenat menyediakan makanan di atas kain seperah lama.
Berpenat menghantar kita ke madrasah untuk faham agama.
Berpenat untuk mencukupkan keperluan dan kehendak kita.
Walaupun bagi kita, ibu ayah memang tidak begitu sayangkan kita.
Bukan sayangku.
Bahasa cinta kita dan mereka berbeza.
Kerana itu taaruf itu yang utama.
Supaya faham dan memahami antara kita.
Akhirnya, mereka hanya mahu kita berjaya dan bahagia.
Begitu juga impian kita untuk mereka.
Maka, giliran masa muda kita untuk berpenat.
Berpenat dengan kudrat paling kuat, maka gunakanlah sebaiknya
Dan sebanyaknya.
Aku nukilkan coretan ini untuk peringatan diri sebagai anak soleh solehah ibu ayah.
Berbaktilah selagi kudrat dan nyawa masih ada.
Walaupun sedikit dan semampu kita.
Turutilah mereka selagi tidak melanggar syariat agama.
Berbahasa lembut dan berbuat baik itulah yang utama.
Kerana hal mengurus rumah itu, bukan mudah caranya
dan jalannya.
Semoga Allah sentiasa kurniakan kita kesihatan dan kudrat yang baik
Untuk sentiasa berbakti kepada mereka selagi mereka ada dan
kita ada.
Uploaded 15th July 2024
Written 24th September 2023
- ضحى
D ၄၃
Comments
Post a Comment