Kekuatan ibu.

Ibu orang terkuat.
Saat dunia hanya menawarkan kerapuhan.
Ibu hanya pasakkan lagi kekuatan.
Kerana tidak seperti ibuku, aku mudah dan kuat lagi menangis.
Tapi kata ibu, bukanlah erti menangis itu tidak kuat 
Cuma
Kadangnya
Peritnya sehingga tak mampu lagi mengalirkan air mata
Atau
Sakitnya lewat sikit datangnya
Aku pernah bertanya,
Ibu,
Macam mana jiwamu boleh sekuat itu?
Ibu hanya senyum dan senyum.
Hingga kini masih tiada jawapan.
Mungkin, tiada jawapan ialah jawapan.
Kerana kuat itu sentiasa datang dari Tuhan kita.
Hakikatnya.

Uploaded 9th September 2024
Written 9th September 2022
- ضحى 
D ၄၃

Comments