24 jam yang tak sama.

Waktu kita tak sama.
Kendatipun kita punya 24 jam yang sama.
Waktu kita tak sama.
Rentak hidup lagikan berbeza.

Jam 7 petang contohnya.
Ada yang baru pulang dari tempat kerja.
Ada yang keluar rumah untuk ke surau sana.
Ada yang baru melihat dunia.
Ada yang pergi tinggalkan dunia.

Apa-apa pun yang berlaku dalam hidup kita.
jangan pernah ikut rentak dan waktu orang lain punya.
Kerana waktu kita tak sama dengan mereka.

Bergeraklah ikut waktu dan rentak sendiri.
Supaya tidak terikut-ikut untuk bandingkan diri.
Supaya hari berlalu hanya dengan mensyukuri,
Nikmati yang banyak yang Tuhan beri.

Uploaded 16th September 2024
Written 5th January 2023
- ضحى 
D ၄၃

Comments