Ketidakpastian kehidupan.

Macam mana kalau semuanya akan baik-baik saja?
Dalam meniti liku kehidupan, sangat tidak asing untuk kita
rasa akan ketidakpastian.
Ketidakpastian terhadap masa depan.
terhadap hubungan.
Kerana kita, manusia.
Sukakan jaminan, cagaran dan keselesaan.
Esok itu bukan lagi jaminan, hatta seminit kedepan pun, bukan.
Kenapa kita tidak belajar untuk berlapang dada,
Belajar untuk terima bahawa ada perkara memang di luar kawalan kita.
Belajar untuk terima bahawa perasaan kita ada turun naiknya.
Belajar untuk terima bahawa ini semua bukan kita punya.
Sejak itu, kamu akan peroleh ketenangan.
Kerana melepaskan perkara yang bukan-bukan.
Jangan, jangan.
Kusutkan minda yang sudah kusut.
Kelak, apa yang tinggal untuk kewarasan.
Pujuklah diri berubah,
Berubah ke arah yang lebih baik,
lebih diredai Tuhan.

Uploaded 12th August 2024
Written  1st January 2024
- ضحى 
D ၄၃

Comments