Hari tua tidak sunyi mana, agaknya.

Setelah bermingguan duduk di kerusi meja,
Menatap skrin komputer berlama-lama.
Aku akhirnya keluar menginjak tanah nyata.
Di tengah usaha mencari idea
Untuk menghabiskan akhir semester.
Mulanya mahu mengambil udara.
Walaupun dibanjiri dengan manusia.
Mata aku hanya tertangkap pada pasangan tua.
Si isteri sedang memegang bunga.
Pasangannya mengambil fotonya pula.
Indah menikmati hari-hari tua mereka,
Bersama keluarga tercinta.
Melihat dengan kanta yang penuh makna.
Maka, 
Dalam diam aku berharap.
Untuk impikan yang sama.
Sekurang-kurangnya, engkau menunjukkan
Hari tua itu.
Tidaklah sesunyi mana,
Agaknya.

Uploaded 12th August 2024
Written 29th August 2023
- ضحى 
D ၄၃

Comments